Friday, February 16, 2018

SAINS BEKAM

SAINS BEKAM : PENYEMBUHAN MELALUI TISU PERANTARA Sains Bekam - Penyembuhan melalui tisu perantara 4000 tahun bekam telah diprak... thumbnail 1 summary
SAINS BEKAM : PENYEMBUHAN MELALUI TISU PERANTARA

Sains Bekam - Penyembuhan melalui tisu perantara


4000 tahun bekam telah dipraktikkan dan berkembang daripada Sumeria, Babylon, Kerajaan Mesir Kuno, Parsi sampailah ke Negara China sebagai antara kaedah rawatan utama pelbagai penyakit. Peralatan yang digunakan dan kaedah pelaksanaannya mungkin ada sedikit perbezaan tetapi prinsipnya tetap sama iaitu membuang bahan-bahan punca penyakit(CPS) daripada tubuh badan. Pelbagai jenis bekam seperti bekam kering, bekam luncur, bekam tarik, bekam darah, bekam herba, bekam air, bekam ais, bekam akupunktur dsbnya digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan atau penyakit mahupun kecederaan. 

Di Malaysia bekam juga diberi pelbagai nama tambahan seperti bekam estetik, bekam sinergi, bekam sunah, bekam meridian, bekam overhaul dsbnya di mana tujuan terapeutiknya tetap sama iaitu mengembalikan semula homeostasis tubuh, membuang unsur-unsur dan meminimakan gejala-gejala penyakit, mengimbangi Yin dan Yang termasuk 5 unsur tubuh badan(TCM), melancarkan peredaran sirkulasi darah dan limfa, merangsang fungsi organ-organ dan sebagainya. Keberkesanannya dalam membantu proses penyembuhan sesuatu penyakit atau kecederaan bukanlah bersifat placebo semata-mata sepertimana dakwaan sesetengah pihak. 

Saya setuju bahawa testimoni-testimoni tidak boleh dijadikan sandaran atau bukti kukuh untuk menyokong keberkesanan fungsinya. Kajian² saintifik dalam bentuk “randomize control trial”(RCT) mendapati bekam berkesan dalam mengawal parameter-parameter biokimia dan hematologikal tertentu yang terlibat dalam patogenesis sesuatu penyakit. Banyak Kajian ilmiah membuktikan bahawa bekam berupaya mengawal parameter² berkenaan dan ini menyumbang kpd penurunan risiko penyakit² tertentu seperti penyakit jantung, hipertensi, kencing manis, gout, gastritis, kanser dan sebagainya.

Bagaimana bekam berfungsi sebenarnya? Di kalangan banyak teori, Teori Taibah didapati lebih munasabah dalam menjelaskan bagaimana bekam membantu penyembuhan sesuatu penyakit atau kecederaan. Menurut Teori Taibah, bekam bertindak seakan-akan sama dengan proses pembuangan bisul di bawal kulit atau penapisan darah oleh glomerular ginjal. Tekanan negatif pertama cawan bekam meningkatkan kadar filtrasi dan permeabliti dinding hujung arteri kapilari-kapilari membolehkan cecair bercampur CPS(bahan-bahan punca penyakit) melaluinya dan melarut bersama dengan cecair tisu(interstitial) di lapisan dermis. 

Pada tahap ini ia juga melonggarkan pelekatan tisu-tisu otot dan fascia seterusnya mengurangkan kesakitan sebaik tekanan kepada saraf dikurangkan atau hujung-hujung saraf sensori ditenggelami oleh pengumpulan cecair tisu. Pada tahap kedua, kulit dilukakan melalui tusukan jarum atau sayatan pisau menyebabkan halangan kulit terbuka dan ini membenarkan sejumlah cecair bercampur CPS dan sedikit darah kapilari yg cedera keluar ke permukaan kulit. Penyedutan kedua cawan bekam adalah perlu bagi memaksimakan pengumpulan cecair CPS dan mengelakkan penyerapan semula cecair tersebut pada hujung vena kapilari. Pada tahap inilah sebenarnya sejumlah pembersihan darah atau detoksifikasi berlaku.

Di dalam tubuh terdapat banyak bahagian yang amat sensitif dan memiliki impuls bioelektrik yang disebut sebagai “trigger point”, titik ah shi, “tender point”, “potent point”(titik-titik bekam sunah) dan lain-lain. Berdasarkan pengamatan, titik-titik ini terdapat begitu banyak jaringan kapilari, saraf dan motor-neuron. Kadang-kadang titik-titik ini disebut juga sebagai titik motor sebab ia melekat pada otot saraf. Otot ini mengandungi banyak mitokondria, mioglobin, pembuluh darah di mana warna darahnya lebih merah dan sebagainya. Jaringan di sekitar juga mengandungi banyak sel mast, kelenjar limfa, jaringan kapilari dan pleksus saraf. 

Oleh sebab itulah titik-titik tersebut lebih sensitif kepada rangsangan tekanan negatif cawan bekam berbanding titik-titik yang lain. Pembekaman pada kulit sebenarnya mendatangkan kesan sehingga kepada fascia dan otot(sejauh atau sedalam10cm) dan ini berupaya menyebabkan kerosakan kepada sel-sel mast. Kerosakan kepada sel-sel mast dan lain-lain boleh menyebabkan pelepasan histamin, serotonin, heparin, bradikinin, SRS, Nitric Oxide dan lain-lain zat yang belum diketahui. Selain penyingkiran bahan-bahan punca penyakit(CPS), pelepasan zat-zat tertentu kesan daripada pembekaman juga mempunyai perananan penting yang tertentu dalam membantu proses penyembuhan sesuatu penyakit, kecederaan atau mengurangkan risiko-risiko penyakit tertentu.


PETIKAN DARI FB ZAHRIN BEKAM SINERGI.

No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952