Tuesday, March 14, 2017

RAWATAN PERDANA DI MASJID PADANG PULUT DUNGUN 10 MAC 2017

Rawatan Bekam, Reflexology dan Terapi Resdung (Pra-terapi) di Masjid Padang Pulut, Dungun, Terengganu pada 10 Mac 2017. (InsyaAllah Kuala T... thumbnail 1 summary
Rawatan Bekam, Reflexology dan Terapi Resdung (Pra-terapi) di Masjid Padang Pulut, Dungun, Terengganu pada 10 Mac 2017. (InsyaAllah Kuala Terengganu menyusul).



ibn sina wellness


Alhamdulillah selesai sudah Rawatan Perdana - Bekam, Reflexology, Terapi Resdung di Masjid Padang Pulut, Dungun. Sambutan menggalakkan. Rawatan yang menjadi tumpuan adalah Bekam diikuti oleh Reflexology dan Terapi Resdung. Bagi mereka yang datang akan mendapat tawaran istimewa dengan harga yang mampu milik. InsyaAllah rawatan susulan bolehlah dibuat di Premis kami di Pusat Niaga Paka. Lebih selesa dan menepati SOP.

Terima Kasih pada pihak Pengerusi Masjid, merangkap Pengerusi JKK Kg Padang Pulut, Setiausaha dan para AJK serta ahli qariah kampung ini, Sokongan anda hanya Allah swt sahaja yang membalasnya.

Dengan aktiviti seperti ini dapat memudahkan mereka yang mendapatkan terapi tanpa perlu pergi jauh. Mereka yang pertama kali pun boleh mencuba Bekam. Untuk 1 cup kami berikan percuma sahaja, supaya mereka lebih berani mencuba. Ramai yang bagi respon positif selepas pertama kali mencuba terapi Bekam ini. Insyaallah mereka mahu mencuba lagi pada sesi rawatan yang akan datang.

Kami juga tumpang gembira apabila ayah SU Masjid sudah boleh solat berdiri selepas di terapi Reflexology-Medic oleh terapis kami En. Ameerudin. Alhamdulillah.

Jumpa lagi dengan program yang sama pada 24 Mac 2017 hari Jumaat bermula dari jam 9 pagi - 5.30 petang.

ibn sina wellness

ibn sina wellness

ibn sina wellness


ibn sina wellness

ibn sina wellness

ibn sina wellness



ibn sina wellness


ibn sina wellness

ibn sina wellness



ibn sina wellness


ibn sina wellness



ibn sina wellness

ibn sina wellness


No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952