Saturday, February 25, 2017

LEPAS BEKAM, INI YANG KELUAR..!!

      Ini kisah berlaku tentang seorang pesakit yang mengalami kencing warna kehitaman seakan Nescafe selepas berBekam. Beliau telah ... thumbnail 1 summary


      Ini kisah berlaku tentang seorang pesakit yang mengalami kencing warna kehitaman seakan Nescafe selepas berBekam. Beliau telah dibekam di poin Buah Pinggang sebanyak 2 kop sahaja. Pesakit tidaklah merasa sakit sewaktu kencingnya itu. Tidak keluar batu karang semasa kencing samada batu besar atau butiran pasir halus. Hanya warnanya sahaja kehitaman. Ianya berlaku semalaman sahaja. Keesokannya sudah kencing Normal.
Pesakit seorang yang bekerja Shif dan sering makan diluar. Ada Gout terutamanya dikawasan kaki yang tidak memungkinkan diRefleksology. Bengkak di sendi ibu jari tangan dan kaki. Dari segi emosi pula mudah marah. Tabiat banyak tidur dirumah, Kurang bersenam.


Saranan bagi pesakit.

Pesakit menunujukkan simtom positif kearah kesembuhan.
Elakkan dari diBekam di kawasan yang sama buat seketika waktu. Rangsangan pertama sudah berjaya menyingkir keluar toksin yang lama terpendam dibuah pinggang. Bekam di daerah lain boleh dilakukan. 
Untuk bengkak sendi boleh digunakan Akupunktur island di kawasan sakit.
Pesakit digalakkan ambil air suam untuk membantu Mudabbir tubuhnya menyingkirkan atau menolak keluar kotoran dari sistem kencing. 
Gaya hidup perlu diubah. Amalkan pemakanan sihat. Minta kerja waktu pejabat. Dapatkan kualiti tidur yang cukup. InsyaAllah penyakit sedap makan (Gout) ini akan semakin sembuh.

Diagnosa : Lidah, Mata, Tapak Tangan.

Tebal dan Pucat






No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952