Saturday, February 4, 2017

BEKAM PERDANA DI MASJID FELDA KERTEH 4.

Alhamdulillah selesai sudah program Rawatan Perdana sebagai pembuka tirai CSR tahun 2017. Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada Tuan H... thumbnail 1 summary
Alhamdulillah selesai sudah program Rawatan Perdana sebagai pembuka tirai CSR tahun 2017. Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada Tuan Hj Abdullah Osman selaku Pengerusi Masjid Felda Kerteh 4 yang sudi memberi ruang kepada pihak Ibn Sina Wellness menjayakan program ini. Penghargaan juga warga penduduk Felda Kerteh 4 dan juga penduduk sekitarnya yang turut mengambil bahagian dalam menjayakan program ini. 

Program bermula seawal jam 9 pagi. Program ini telah diwar-warkan seminggu awal. Maafkan kami kerana memaklumkan di saat akhir. Ramai lagi yang bertanya samada program diteruskan untuk hari esoknya. InsyaAllah, Allah izin kita bertemu lagi. Kali ini program kami bawakan 3 jenis rawatan iaitu Bekam, Terapi Resdung dan Refleksologi. Alhamdulillah ketiga-nya mendapat sambutan. Sudah tentunya Bekam menjadi pilihan utama. Insyaallah mana yang tidak berkesempatan itu boleh datang ke premis kami di Paka untuk sambung rawatan.

Tahniah juga buat Team Indoor dan juga Outdoor Ibn Sina Wellness yang bertungkus lumus berusaha sebaik mungkin. Khabarnya tidur awal pada malamnya. Namun esok harinya rawatan kami beroperasi seperti biasa di premis di Pusat Niaga Paka.


Iklan kain rentang di hadapan masjid. Tiga cup pertama Bekam kami caj rm10 sahaja. Cup seterusnya kami caj rm10 per cup.




Sorang anak peneroka menemani ayahnya berBekam. Ayahnya peserta pertama merasmikan.



Ramai lagi yang tidak pernah berBekam. Alhamdulillah kedatangan kami memberi ruang kepada mereka mencuba.



Terapi Resdung dan Refleksologi berjalan serentak. Semua kakitangan kami sibuk bertugas. Penat tapi happy.


Refleksologi kami bukan jenis biasa-biasa atau gosok-gosok sahaja tetapi kategori diagnose dan rawat. Kedua metod berjalan serentak.

Kami belum sampai lagi dah ada yang menunggu. Semangat betul orang tempatan disini. Ambil pakej bekam dan refleksologi terus. En Abd Hadi pakar kami sedia berkhidmat dengan wajah yang ceria.
Yang tengok lebih ramai dari yang buat. First time tidak pernah lihat dan tidak pernah cuba..



Peralatan Hygiene digunakan seperti Cecair pembasmi kuman DD1, Apron, cecair alkohol. Jarum pakai buang, sarung tangan pakai buang.




Kami perkenalkan pakej rawatan awalan resdung. Pakej PAR. Rm10 sahaja. Rawatan penuh di premis kami boleh buat Pakej 8 dalam 1 Dr-resd Bio Herba dengan harga promosi Rm69 sahaja (Harga asal rm199)


Rawatan Resdung, Bekam dan Refleksologi boleh dijalankan serentak.


Sebahagian hasil kutipan program Rawatan Perdana inin diberikan pada pihak masjid melalui wakilnya Haji Abdullah Osman selaku Pengerusi Masjid Felda Kerteh 4


No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952