Thursday, May 1, 2014

Premis Bekam di Kemaman.

Premis Bekam di Kemaman. (019-933 8291 Abd Manan)     Cawangan kami di Kemaman diuruskan oleh En. Abd. Manan. Beliau adalah salah... thumbnail 1 summary
Premis Bekam di Kemaman.
(019-933 8291 Abd Manan)

  

Cawangan kami di Kemaman diuruskan oleh En. Abd. Manan. Beliau adalah salah seorang Alumni kami. Beliau bekas pelajar kami 2 tahun lepas. Asalnya mengikuti kursus asas bekam 1 hari dan beliau menawarkan diri untuk berkhidmat selama 4 bulan bersama kami. Kerja sambil belajar. Sanggup berulang setiap minggu dari Kemaman ke Paka untuk menuntut ilmu. Sanggup bekerja dengan upah yang sederhana. Alhamdulillah sepanjang berkhidmat selama 4 bulan kami berpuas hati dengan usaha gigihnya. Seorang yang boleh diletakkan kepercayaan dan sangat amanah dalam menguruskan premis. Inovatif dan kreatif.



Berkat usaha gigihnya itu beliau akhirnya dapat menyewa satu premis di Kg. Besut, Kemaman. Sebelah kedai makan dan sebelum sampai Shell dan Masjid Sultan Ahmad. Tepi kiri jalan menghala bandar Cukai kemaman sahaja. Perniagaannya dibangunkan sendiri. Beliau tidak mengupah tukang, sebaliknya beliaulah tukang untuk renovasi kliniknya. Yang penting tanpa pinjaman dan tidak terlibat dengan Riba'.

Kepakaran beliau adalah:
  + Bekam Terapi (Moden, Hygiene, Steril)
  + Urut Tradisional.
  + Urutan Saraf
  + Refleksologi
  + Mengendalikan kursus terapi.






Kemudahan Klinik 

Klinik beliau terletak dilokasi strategik. Bersebelahan restoran. Terletak di tepi kiri jalan besar menghala Chukai Kemaman. Sebelum sampai Shell dan masjid Sultan Ahmad. Antara kemudahan yang disediakan di kliniknya itu adalah :

+ Berhawa dingin
+ Katil selesa.
+ Alat Bekam moden.
+ Alat Bekam yang di'Steril'kan.
+ Alat Bekam 'pakai buang'. (caj tambahan)
+ Sofa untuk ruang menunggu.
+ Kad Ahli Percuma. (Automatik)
+ Rawatan ke-5 adalah percuma. (Bekam)
+ Perawat perempuan disediakan. (Temujanji awal)


Orang Kemaman kalau nak bekam bolehlah hubungi beliau di nombor dibawah ini. Caj bekam disediakan tidaklah mahal. Secara asasnya harga pakej seperti berikut :

+ Pakej Basic      (RM50)
+ Pakej Detox     (RM70)
+ Pakej Standard (RM100)
+ Pakej Overhaul (RM150)

Walaubagaimanapun harga mungkin berubah mengikut promosi yang akan ditawarkan oleh beliau. Untuk keterangan lanjut hubungi beliau sendiri. 


Hubungi :

Abd Manan 
019-933 8291


Facebook page : Ibn Sina Bekam Kemaman.





No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952