Thursday, March 2, 2017

SESI BEDAH KITAB BEKAM ARAB (SIRI 2) - 11 JANUARI 2014

Kerjasama Ibn Sina Wellness dan Pusat Bekam Dungun dalam memartabatkan Bekam. Alhamdulillah tamat sudah kuliah Bedah Kitab Bekam... thumbnail 1 summary
Kerjasama Ibn Sina Wellness dan Pusat Bekam Dungun dalam memartabatkan Bekam.


Alhamdulillah tamat sudah kuliah Bedah Kitab Bekam "AlHijamah Rahmah WasSalamah" karangan Sheikh Ahmad ElHafni AlMasri. Kuliah ini diadakan pada 11 January 2014 di lokasi kami No 69 Tingkat 1, Pusat Niaga Paka, Dungun, Terengganu. Ini adalah hasil inisiatif pihak Ibn Sina Wellness dengan kerjasama Pusat Bekam Dungun. Bacaan kitab dan penjelasannya di bawa oleh Ustaz Sabri Dungun.


Siri ini adalah lanjutan dari siri pertama. Kandungan kitab ini lebih kepada Terapeutik iaitu membincangkan penyakit dan titik bekamnya. Ini adalah salah satu kitab moden kotemporari yang juga menjadi salah satu rujukan bagi kebanyakan jurubekam. Terjemahan kitab ini juga boleh didapati di dalam internet dalam versi English dan Indonesia. Dalam blog ini juga dilampirkan terjemahan kitab ini versi bahasa Indonesia. Semoga dapat memudahkan para Jurubekam sekalian.



Kehadiran dihadiri oleh pengamal Perubatan Komplementari yang terkenal seperti Dr Abdul Halim mantan presiden  PERHIJAM, Dr Asnawati dari ElNuur Kota Bharu dan juga beberapa perawat dari dalam dan luar Terengganu. Di akhir sesi para pelajar di ijazahkan mengamal isi kandungan kitab tersebut.



pusat bekam Dungun
Anjuran Ibn Sina Wellness dengan kerjasama Pusat Bekam Dungun.


ibn Sina Wellness
Ustaz seorang yang pemalu.

Ustaz dengan mukadimah yang menarik perhatian.

Dr Abd Halim sedang khusyuk mendengar kuliah.

Dengan izin Allah,  pihak ISW menemukan Ustaz Sabri dan Dr Abd Halim buat pertama kalinya.

Pelajar sudah mulai screen-saver mode.

Ustaz Sabri pada sesi Mukadimah yang begitu bersemangat.

lepas pada ini Jurubekam Malaysia mula mengetahui tetang Kitab bekam ini.

Ini adalah wajah perawat yang bakal merubah dunia komplementari abad seterusnya.

Usaha Dr Abd Halim membawa Ustaz Sabri ke dalam PERHIJAM.

Cikgu Bazli kini pengarang terkenal dan pakar kewangan.

Kak Ummu dari Kuantan. Pakar urut lepas bersalin.

Dr Nur paling banyak bertanya didalam kelas. Syabas pelajar contoh.

Dr Abd Halim ada banyak projek nak bagi pada Ustaz lepas ni.

Terima Kasih pada semua yang terlibat

Ibn Sina Wellness mengucapkan jazakallah khair kepada Ustaz sabri dan Dr  Abd Halim.

No comments

ASSALAMMUALAIKUM

TEL : 013-927 7952